Mitos Berkenaan Kontraseptif Secara Umum

Kita sering kali mendengar informasi mengenai pelbagai kaedah untuk mencegah kehamilan dari kawan-kawan, keluarga, serta dari orang-orang tua. Setiap budaya diseluruh dunia mempunyai kaedah pencegahan kehamilan tradisional yang tersendiri. Kita akan meninjau sebahagian dari mitos umum dan kepentingan dalam memahami sesuatu fakta.

daa052000133

Pengambilan Pil Kontraseptif Meningkatkan Berat Badan Anda

Kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam peningkatan berat badan diantara wanita yang mengambil pil kontraseptif dan wanita yang tidak mengambil pil tersebut.

spl013588

Pil Kontraseptif Penyebab Kanser

Bagi wanita yang mengambil pil kontraseptif mempunyai 50 peratus pengurangan terhadap risiko barah rahim serta barah ovari. Pengambilan pil kontraseptif berkemungkinan memberi seditkit peningkatan terhadap risiko barah payu dara. Namun, risiko akan berkurangan apabila berhenti dari menggunakan pil kontraseptif.

ptg02628765

Anda Tidak Memerlukan Kaedah Pencegahan Kehamilan Jika Anda Dalam Tempoh Penyusuan Badan

Wanita yang masih dalam tempoh penyusuan badan mempunyai tahap kesuburan yang rendah, dan dipercayai bahawa dalam tempoh tersebut digunakan sebagai kaedah pencegahan kehamilan sekiranya wanita memberi penyusuan secara eksklusif selama enam bulan pertama serta tidak mengalami kedatangan haid. Jika kaedah tersebut tidak digunakan, ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka, berkemungkinan terdedah kepada risiko kehamilan dan memerlukan kaedah pencegahan kehamilan yang lain.

amrf10337000125

Pengambilan Pil Kontraseptif Atau Kaedah Kontraseptif Berbentuk Hormon Yang Lain Akan Menyebabkan Kesukaran Untuk Hamil Di Masa Hadapan

Kesemua kaedah kontraseptif berbentuk hormon termasuk pil kontraseptif oral mempunyai kesan sampingan sementara dan apabila kaedah pencegahan atau kontraseptif tidak diteruskan, peluang untuk hamil kembali normal. Tiada kesan jangka panjang terhadap kesuburan wanita.

tt0152865

Jika Seseorang Wanita Didapati Hamil Ketika Pengambilan Pil Kontraseptif Atau Kontraseptif Hormon Yang Lain, Kemungkinan Berlaku Kecatatan Pada Bayi Dalam Kandungan

Bukti telah menunjukkan bahawa pil kontraseptif atau kontraseptif hormon tidak menyebabkan kecacatan pada bayi dalam kandungan.

ptg03594013

Pengambilan Kaedah Kontraseptif Termasuk Kontraseptif Berbentuk Oral Menggalakkan Berlakunya Kecurangan Pada Pasangan Dan Melakukan Hubungan Seksual Secara Rambang

Pengambilan pil kontraseptif atau kaedah kontraseptif yang lain tiada kaitan dengan tingkah laku seksual seseorang individu.

culs142282

Penurunan Pada Tahan Kesuburan Setelah Berumur Dalam Lingkungan 40an. Oleh itu, Tidak Memerlukan Kaedah Pencegahan Kehamilan Atau Kontraseptif

Tahap kesuburan akan menurun seiring dengan peningkatan pada umur setiap individu. Namun, seseorang wanita masih boleh mengalami kehamilan dan risiko akan berkurangan selepas putus haid atau menopause. Kehamilan pada lanjut usia amat berisiko tinggi bagi ibu dan bayi yang dikandung. Oleh itu, kaedah pencegahan kehamilan diperlukan sehingga mencapai tahap menopause.

ap08849

Wanita Yang Menggunakan Kaedah kontraseptif Secara Suntikan Atau Implan Mungkin Tidak Akan Didatangi Haid Dan Perkara Tersebut Adalah Tidak Baik Untuk Kesihatan

Tiada kesan sampingan pada kedatangan haid jika menggunakan kaedah pencegahan kehamilan secara suntikan atau implan.

ptg02548861

Seseorang Wanita Perlu Berehat Untuk Beberapa Bulan Sebelum Bercadang Untuk Hamil Dan Membolehkan Hormon Kontraseptif Untuk Keluar Dari Tubuh Dengan Sepenuhnya

Jika seseorang wanita didapati hamil setelah memberhentikan pengambilan kaedah kontraseptif, bermakna keberkesanan kontraseptif yang digunakan telah hilang sepenuhnya dan dengan itu, tiada kaitan dengan kecacatan pada bayi dalam kandungan. Risiko keguguran juga tiada kaitan setelah memberhentikan pengambilan kaedah pencegahan kehamilan.

crbs0590082

Pil Kontraseptif Dan Kesemua Kontraseptif Hormon Mengakibatkan Keguguran

Sebenarnya, keberkesanan pil kontraseptif dan kesemua kontraseptif hormon bertindak terutamanya dalam menghalang terjadinya ovulasi. Dengan itu, tidak menggangu kehamilan setelah sesorang wanita didapati hamil.

ptg02698397

 

 

 

 

Saya ingin berkongsiTweet about this on TwitterShare on FacebookEmail this to someone