Sebab-sebab Kaedah Pencegahan Kehamilan Diperlukan

Ramai wanita tidak menyedari bahawa kehamilan yang tidak diduga mudah berlaku. Sebanyak 16.6 juta kehamilan yang tidak diingini berlaku setiap tahun dan jumlah ini boleh dikurangkan dengan menggunakan kaedah perancang yang betul.

Jika anda melakukan hubungan seks tidak kiralah buat kali pertama, jarang ataupun hanya pada “waktu selamat”, masih ada risiko mengandung jika pencegah kehamilan tidak digunakan.

Kaedah penarikan (Coitus Interruptus), ialah salah satu kaedah yang kurang efektif. Sebanyak 22 dari 100 orang wanita yang menggunakan kaedah ‘Coitus Interruptus’ akan mengalami kehamilan setiap tahun (anggaran sebanyak 22%!)

Perlu diingat, jika haid anda lewat 2 minggu, walaupun menggunakan mana-mana kaedah perancang, sila dapatkan nasihat dari doktor. Pemeriksaan kehamilan perlu dilakukan.

Saya ingin berkongsiTweet about this on TwitterShare on FacebookEmail this to someone