Informasi Yang Perlu Diketahui Ketika Menggunakan kaedah Perancang

Sebelum memulakan sebarang kaedah perancang, berbincang dengan doktor anda mengenai kesan sampingan yang mungkin berlaku. Jika kesan sampinga yang tidak dijangka berlaku, berjumpalah dengan doktor.

Ubat, suplemen (termasuk suplemen herba) mungkin boleh mengurangkan keberkesanan kaedah pencegah kehamilan yang digunakan. Anda dinasihatkan memberitahu doktor mengenai sebarang ubat atau suplemen tambahan yang diambil.

Kebanyakkan wanita risau dengan peningkatan berat badan yang berlebihan, sakit kepala atau perubahan pada emosi, semasa mengambil pencegah kehamilan. Kesan sampingan tersebut adalah bukan sesuatu perkara yang biasa. Kesan sedemikian berkemungkinan berlaku disebabkan oleh faktor tertentu. Namun, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian atau anda ingin mencuba kaedah pencegahan kehamilan yang lain.

Sila berjumpa dengan doktor sebelum memutuskan untuk tidak meneruskan pengunaan kaedah tersebut bagi mengelakkan sebarang kehamilan yang tidak diingini atau sebelum anda bercadang untuk mengambil kaedah pencegahan kehamilan yang lain.

Kehamilan boleh membawa berbagai risiko serta kesan sampingan yang berbahaya. Penggunaan perancang dapat kurangkan risiko-risiko ini jika tidak bercadang untuk hamil.

 

 

Saya ingin berkongsiTweet about this on TwitterShare on FacebookEmail this to someone