Pengambilan Pil Kontraseptif Atau Kaedah Kontraseptif Berbentuk Hormon Yang Lain Akan Menyebabkan Kesukaran Untuk Hamil Di Masa Hadapan
Kesemua kaedah kontraseptif berbentuk hormon termasuk pil kontraseptif oral mempunyai kesan sampingan sementara dan apabila kaedah pencegahan atau kontraseptif tidak diteruskan, peluang untuk hamil kembali normal. Tiada kesan jangka panjang terhadap kesuburan wanita.
Pencegahan kehamilan kecemasan digunakan sebagai langkah keselamatan untuk situasi kecemasan, misalnya kondom yang digunakan terkoyak atau melakukan hubungan seks tanpa perlindungan atau terlupa mengambil pil pencegahan kehamilan. Terdapat dua (2) jenis kontrasepsi kecemasan: A) Alat Kontrasepsi Dalam Rahim (AKDR), merupakan…
Terdapat 16 kaedah pencegahan kehamilan. Ini bermaksud, anda boleh mendapatkan kaedah pencegahan kehamilan yang sesuai untuk kegunaan anda! Namun demikian, anda mungkin perlu mencuba beberapa kaedah pencegahan kehamilan sehingga anda menemui kaedah yang sesuai untuk digunakan. Pil Perancang Mengandungi hormon…