Alat Intrauterin (IUCD)/Alat Kontrasepsi Dalam Rahim (AKDR)
Alat kontrasepsi yang berbentuk T yang diletakkan di dalam rahim.
Dimasukkan melalui faraj ke dalam rahim. Kaedah ini boleh dilakukan di mana-mana klinik.
Keberkesanan sebanyak 97% hingga 98%.
Selamat digunakkan selama 3 atau 5 tahun, bergantung pada jenis and dos.
Anda berkemungkinan akan mengalami pengaliran haid yang banyak untuk beberapa bulan jika anda mengambil jenis IUCD yang mengandungi kuprum (copper).
Jika anda mengambil IUCD yang mengandungi hormon, berkemungkinan tiada atau kurang pengaliran haid. Anda juga akan mengalami kekejangan untuk beberapa bulan.
Sekiranya anda ingin hamil semula sebelum tarikh luput penggunaan IUCD, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan alat kontrasepsi tersebut. Anda mungkin akan mengalami sedikit atau tiada sebarang kesakitan semasa pengeluaran alat kontrasepsi (IUCD) tersebut dijalankan.
Cara yang paling selamat untuk mengelak dari berlakunya kehamilan dan jangkitan penyakit kelamin ialah dengan cara berpantang. Jika cara tersebut tidak berkesan, maka hubungan seksual dengan satu pasangan sahaja serta penggunaan kaedah seks yang selamat adalah digalakkan. Menjalani hubungan lebih…
Kita dihujani dengan pelbagai informasi mengenai cara-cara untuk mencegah kehamilan dari pelbagai pihak terutama dari keluarga, rakan-rakan, informasi dari majalah dan yang terbaru ialah dari media sosial. Namun, adakah maklumat yand diperolehi mitos atau fakta? Informasi seterusnya mungkin membuka mata…
Kita sering kali mendengar informasi mengenai pelbagai kaedah untuk mencegah kehamilan dari kawan-kawan, keluarga, serta dari orang-orang tua. Setiap budaya diseluruh dunia mempunyai kaedah pencegahan kehamilan tradisional yang tersendiri. Kita akan meninjau sebahagian dari mitos umum dan kepentingan dalam memahami…