Kaedah Pencegahan Kehamilan

Alat Intrauterin (IUCD)/Alat Kontrasepsi Dalam Rahim (AKDR)
  • Alat kontrasepsi yang berbentuk T yang diletakkan di dalam rahim.
  • Dimasukkan melalui faraj ke dalam rahim. Kaedah ini boleh dilakukan di mana-mana klinik.
  • Keberkesanan sebanyak 97% hingga 98%.
  • Selamat digunakkan selama 3 atau 5 tahun, bergantung pada jenis and dos.
  • Anda berkemungkinan akan mengalami pengaliran haid yang banyak untuk beberapa bulan jika anda mengambil jenis IUCD yang mengandungi kuprum (copper).
  • Jika anda mengambil IUCD yang mengandungi hormon, berkemungkinan tiada atau kurang pengaliran haid. Anda juga akan mengalami kekejangan untuk beberapa bulan.
  • Sekiranya anda ingin hamil semula sebelum tarikh luput penggunaan IUCD, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan alat kontrasepsi tersebut. Anda mungkin akan mengalami sedikit atau tiada sebarang kesakitan semasa pengeluaran alat kontrasepsi (IUCD) tersebut dijalankan.
ptg03055794

Saya ingin berkongsiTweet about this on TwitterShare on FacebookEmail this to someone