Perancang: Antara Mitos dan Fakta
Kita dihujani dengan pelbagai informasi mengenai cara-cara untuk mencegah kehamilan dari pelbagai pihak terutama dari keluarga, rakan-rakan, informasi dari majalah dan yang terbaru ialah dari media sosial. Namun, adakah maklumat yand diperolehi mitos atau fakta? Informasi seterusnya mungkin membuka mata anda.
Mitos: Anda tidak Akan Mengandung Ketika Melakukan Hubungan Seks pada Kali Pertama.
Fakta: Jika seseorang wanita melakukan hubungan seks dalam tempoh subur (waktu ovulasi) kehamilan mungkin berlaku, tidak kira usia, bangsa atau sejarah seksual.
Mitos: Hubungan seks pada “waktu selamat” boleh mencegah daripada kehamilan.
Fakta: Kitaran haid setiap wanita berbeza. Oleh itu, is adalah sukar bagi menhitung “waktu selamat”
Mitos: Ejakulasi di luar faraj dapat mencegah kehamilan.
Fakta: Cecair yang keluar sebelum berlakunya ejakulasi boleh bercampur dengan sperma yang sedia ada dalam salur urethra hasil dari ejakulasi yang terdahulu.
Mitos: Hubungan seks ketika haid dapat mencegah kehamilan.
Fakta: Ramai wanita mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Oleh itu ia adalah sukar untuk menjangka “waktu subur”. Tambahan pula, sperma boleh hidup selama 3 hari dalam rahim wanita.
Mitos: Penggunaan lebih daripada satu lapisan kondom adalah lebih selamat.
Fakta: Penggunaan lebihan kondom menambahkan risiko kondom tersebut pecah, menyebabkan sperma boleh masuk ke faraj.
Mitos: Hubungan seks dalam posisi berdiri dapat mencegah kehamilan.
Fakta: Seseorang wanita boleh mengandung dalam apa jua posisi seksual.
Mitos: Kehamilan dapat dicegah jika faraj dicuci (douche) sejurus selepas melakukan hubungan seks.
Fakta: Sebahagian sperma sudahpun berada di dalam rahim ketika faraj dicuci. Sperma ini membolehkan proses persenyawaan berlaku.
Mitos: Wanita yang tidak orgasm ketika melakukan hubungan seks tidak akan mengandung.
Fakta: Risiko kehamilan tiada kaitan dengan seseorang wanita mencapai kemuncak atau orgasm.
Mitos: Kondom yang ketat dapat mencegah kehamilan
Fakta: Berdasarkan kepada kepercayaan bahawa penggunaan kondom yang ketat tidak akan menyebabkan sperma keluar dan mengelak terjadinya kehamilan. Fakta menunjukkan, penggunaan kondom yang ketat memungkinkan berlakunya kebocoran atau pecah dan menyebabkan kehamilan. Ruang diperlukan bagi menahan ejakulasi di dalam kondom.
Mitos: Jika Kitaran Haid Anda Tidak Menentu, Peluang Untuk Mengalami Kehamilan Amat Tipis Dan Tidak Memerlukan Kaedah Pencegahan Kehamilan.
Fakta: Walaupun kitaran haid seseorang wanita tidak menentu, selagi hubungan seks dilakukan tanpa perlindungan atau kaedah perancang, kehamilan masih boleh berlaku.