Penyakit Kelamin (STI)

Terdapat pelbagai bentuk atau jenis penyakit kelamin seperti sifilis, HIV, gonorrhea, herpes dan chlamydia. Cara untuk melindungi diri dari dijangkiti penyakit kelamin ialah dengan menggunakan kondom. Sesetengah penyakit kelamin menunjukkan tanda-tanda melalui bahagian sulit wanita iaitu dalam bentuk lelehan dari faraj atau ulser pada bahagian kemaluan.

Sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan kepastian serta menjalani ujian pemeriksaan kesihatan.

Seseorang individu yang melakukan hubungan seksual dengan berbilang pasangan, mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti penyakit kelamin (STI).

Saya ingin berkongsiTweet about this on TwitterShare on FacebookEmail this to someone