Kaedah Pencegahan Kehamilan

Terdapat 16 kaedah pencegahan kehamilan. Ini bermaksud, anda boleh mendapatkan kaedah pencegahan kehamilan yang sesuai untuk kegunaan anda!

Namun demikian, anda mungkin perlu mencuba beberapa kaedah pencegahan kehamilan sehingga anda menemui kaedah yang sesuai untuk digunakan.

rmb014323

Pil Perancang
  • Mengandungi hormon sintetik.
  • Anggaran dalam 91% berkesan.
  • Mengamal pengambilan pil perancang bagi 100 orang wanita bagi setahun, hanya 9 wanita akan mengalami kehamilan yang tidak di ingini.
  • Selamat dan kurang kesan sampingan.
  • Membantu dalam mengawal peredaran haid  dan mengurangkan masalah senggugut.
  • Kesan sampingan kepada sesetengah wanita yang mengamal pengambilan pil perancangan ini ialah sakit kepala, loya, payudara terasa tegang.
  • Tidak sesuai di amal bagi wanita yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami kondisi pembekuan pada saluran darah di kaki.
  • Sila rujuk kepada doktor anda sebelum memulakan pengambilan pil perancang.
ptg02628765

Suntikan (kaedah perancangan keluarga secara suntikan hormon progesterone)
  • Kadar keberkesanan ialah sebanyak 94%.
  • Dianggarkan sebanyak 100 wanita yang mengamalkan kaedah suntikan ini selama setahun, hanya 6 wanita yang akan mengalami kehamilan yang tidak di ingini.
  • Melambatkan kadar kesuburan dalam jarak 6 bulan hingga 1 tahun.
rds167272

Alat Intrauterin (IUCD)/Alat Kontrasepsi Dalam Rahim (AKDR)
  • Alat kontrasepsi yang berbentuk T yang diletakkan di dalam rahim.
  • Dimasukkan melalui faraj ke dalam rahim. Kaedah ini boleh dilakukan di mana-mana klinik.
  • Keberkesanan sebanyak 97% hingga 98%.
  • Selamat digunakkan selama 3 atau 5 tahun, bergantung pada jenis and dos.
  • Anda berkemungkinan akan mengalami pengaliran haid yang banyak untuk beberapa bulan jika anda mengambil jenis IUCD yang mengandungi kuprum (copper).
  • Jika anda mengambil IUCD yang mengandungi hormon, berkemungkinan tiada atau kurang pengaliran haid. Anda juga akan mengalami kekejangan untuk beberapa bulan.
  • Sekiranya anda ingin hamil semula sebelum tarikh luput penggunaan IUCD, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan alat kontrasepsi tersebut. Anda mungkin akan mengalami sedikit atau tiada sebarang kesakitan semasa pengeluaran alat kontrasepsi (IUCD) tersebut dijalankan.
ptg03055794

Implan ‘Implanon’
  • Kaedah kontraseptif yang paling berkesan.
  • Terdiri daripada kapsul/alat kecil yang ditanam di bawah kulit lengan.
  • Keberkesanan hampir 100%.
  • Kaedah yang selamat dan sesuai digunakan oleh golongan wanita pelbagai peringkat umur untuk kesan jangka masa panjang atau sementara.
  • Kemungkinan akan mengalami pengaliran haid yang tidak menentu, kurang atau tiada pengaliran haid.
  • Pengunaan kaedah tersebut adalah selama 3 tahun.
ptg03161082

Kondom
  • Sejenis getah lembut yang disarungkan pada zakar sebelum melakukan hubungan seks.
  • Disarungkan ke zakar yang tegang dan dikeluarkan selepas ejakulasi.
  • Keberkesanan sebanyak 75%.
  • Sesuai digunakan untuk menghalang dari dijangkiti penyakit kelamin (jangkitan seksual) termasuk HIV.
ptg01877926

 

Saya ingin berkongsiTweet about this on TwitterShare on FacebookEmail this to someone