Kontrasepsi Kecemasan

Pencegahan kehamilan kecemasan digunakan sebagai langkah keselamatan untuk situasi kecemasan, misalnya kondom yang digunakan terkoyak atau melakukan hubungan seks tanpa perlindungan atau terlupa mengambil pil pencegahan kehamilan.

Terdapat dua (2) jenis kontrasepsi kecemasan:

A) Alat Kontrasepsi Dalam Rahim (AKDR), merupakan kaedah mencegah kehamilan yang paling berkesan dan tahap keberkesanan adalah sebanyak 99%. Kaedah ini boleh digunakan sehingga 5 hari selepas mengadakan hubungan seksual. Alat kontrasepsi ini juga boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang.

B) Pil Mencegah Kehamilan Kecemasan, boleh digunakan sehingga 3 atau 5 hari selepas melakukan hubungan seksual bergantung kepada jenis pil yang digunakan.

 

 

Saya ingin berkongsiTweet about this on TwitterShare on FacebookEmail this to someone